Want your
own Fotopage?









 
Our Beautiful Life in Makkah

By: Ayu Suhana

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 20-Nov-2009 10:12 Email | Share | Bookmark
Kisah Benar (versi serius dan suspen)



* MASHALLAH TABARAKALLAH *

Alhamdulillah kita sudah sampai ke bulan Zulhijjah.Sekarang dimana-mana kita dapat lihat atau dengar mengenai ibadah haji.Lebih terasa bahangnya jika ada sanak saudara kita yang dapat seruan haji tahun ini.Mabruk,alf mabruk semoga mendapat haji mabrur,haji yang diterima.

Sudah lama saya tak updet di fp ni,dan saya agak terkejut kerana mendapat banyak emel daripada mereka yg tak dikenali bertanyakan perihal fp saya yang sudah usang.Ada sesetengah juga yang bergelar vip,golongan ibu,golongan bapa dan adik2 pelajar.Saya benar-benar terkejut,siapa yang sebenarnya pembaca2 fp ini.Satu soalan yang saya dan anda tidak mampu menjawapannya.

Saya sangat malu kerana tidak dapat nak berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada semua tapi saya cuba.Tapi dengan cara saya sendiri,anda tidak akan jumpa entry seperti apa maksud dakwah?cabang dakwah,perbandingan mazhab di fp saya ini.Saya serahkan kepada yang lebih ahli dalam bab ini untuk menghuraikannya.Dan pasti anda tentu dapat mencari pelbagai isu dan kemusykilan agama yang diutarakan dilaman-laman web diluar sana.Tidak,ini tidak sama sekali bermaksud saya lupa bahawa saya pelajar aliran agama yang hendak atau tidak perlu membimbing masyarakat diluar sana.Tapi saya lakukan dengan cara saya,dengan kisah saya.Dan saya harap ia dapat meninggalkan kesan walau sepalit cuma pada pembaca fp ini inshallah.

Oh..oh panjang intro kali ini.Kali ini saya akan membuka cerita saya.Ramai yang minta saya doa semoga mereka dapat menjejak kaki ke Makkah.Saya bukan sesiapa,dan saya juga telah hampir 9bulan kembali ke tanah air ini hanya mampu mengucap kalimah "inshallah" setiap kali diminta mendoakan mereka dan saya harap anda sendiri diluar sana terus dan terus berdoa kepada Allah akan hajat anda tersebut atau apa sahaja hajat anda.Bukankah dia Maha Mendengar?Jangan sesekali..saya ulang JANGAN SAMA SEKALI BERPUTUS ASA ATAU MENGELUH jika hajat anda masih tidak tertunai.Janganlah berputus asa..teruskanlah berdoa.Allah Maha Penyayang,DIA mendengar.Setiap sesuatu telah ditentukan olehNya..pasti ada kebaikan yang terselit.


Muhammad 3bulan pada Ramadan 2006@Harom al-Makki

Oleh itu teruskan memohon kepadaNYA hajat anda(apa sahaja hajat) disamping jangan lupa 3 perkara ini pada setiap doa anda.
1)Dimulakan&diakhiri dengan pujian kepada Allah&selawat kepada Rasulullah s.a.w.
2)Perbanyakkan isthighfar(terlalu banyak fadhilat dan kesannya yg saya sendiri lihat dan dengar)
3) Perbanyakkan doa رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ yang bermaksud "Wahai Tuhan kami,kurniakanlah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan selamatkanlah kami dari azab api neraka".

4)Satu ayat al-Quran yang saya amalkan sejak dibangku sekolah rendah (abim)
setelah puas dipaksa oleh seorang ustazah ini.Siapa yang tak dapat hafal,nanti kena denda berdiri atas kerusi.Semoga Allah merahmati ustazah ini.
و من يتق الله يجعل له مخرجا * و يرزقه من حيث لا يحتسب *
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan memberikannya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka"

Ini secebis cuma apa yang saya amalkan selama ini. Anda boleh search pelbagai doa dan adab berdoa dilaman-laman web ustaz-ustazah kita diluar sana untuk lebih detail.


Muhammad 4bulan on his 1st raya 2006

Saya akan menceritakan satu kisah benar yang berlaku pada diri saya sendiri berkenaan dengan doa.Tiada tujuan lain melainkan semoga ia memberi kekuatan kepada anda diluar sana dan membuktikan bahawa ini kisah benar bukan kisah 1001malam!



Pada zaman dahulu,selepas berlalunya zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka,kira-kira 7tahun lepas ketika saya berusia 15tahun.Ketika itu pada bulan-bulan sebegini ketika dimedia massa dan media cetak penuh dengan kisah haji,seingat saya ia berlaku selepas solat asar dan saya masih duduk diatas tikar sejadah sambil dok berangan.Saya sudah lupa apa yang seorang budak tingkatan 3 berangan ketika itu sebab saya dah besar sekarang..ehem..ehem.Tiba-tiba kedengaran suara talbiah dari corong radio,dan saya tidak semena-mena menjadi kaku,terdiam dan binggung macam ni lebih kurang muka saya waktu tu > Sudah banyak kali dari kecil dok dengar talbiah di tv dan radio tapi lain benar perasaan kali ini.Tak semena-mena saya mengalirkan air mata!Oh sakitkah aku ni?sebab apa menangis?Dan tiba-tiba terbit dihati saya perasaan rindu untuk ke Makkah..haihh..apa ni?saya tak pernah mimpi nak ke Makkah.Pada pemikiran saya waktu tu umrah dan haji hanya dalam subjek pendidikan Islam dan untuk orang-orang dewasa/tua sahaja.Dan kini saya rasa benar-benar ingin kesana.Kenapa?


Muhammad girang mama dah balik dari kelas - 2007

Sejak saat itu saya tak pernah berhenti berdoa semoga saya dapat jejak kan kaki ke Makkah.Walaupun sibuk dengan persiapan pmr,tusyen,ngorat orang dan sebagai,doa itu tak pernah saya lupa.Masa berlalu dan terus berlalu dan saya terus berdoa.Ya sakit dan pedih apabila apa yg kita harapkan masih belum kunjung tiba.Namun saya sering ingatkan diri untuk berbaik sangka dengan Allah.Jangan biar terdetik dihati kenapa aku Ya Allah?kenapa ujian ini kepada aku?Itu bukan hak kita untuk bertanya.Kita hanya perlu terus dan terus berdoa dan bertawakkal.DIA Mengetahui segalanya.

Tahun berganti tahun,dan saya menduduki pmr,tunggu result pmr,dapat result pmr,lompat2 syok,masuk tingakatan 4,ambil smra pula,tunggu result smra,dapat result smra,menangis berhingus-hingus,cuti akhir tahun muncul.Mama saya akan mengerjakan umrah pada bulan Ramadan tersebut dan saya yang menjadi peneman setia mama ke kursus umrah,pi pekan rabu beli telekung,beg dan sebaginya.Saya cukup gembira buat mama.Tinggal lagi 2minggu sebelum mama bertolak dan semua kelengkapan umrah sudah tersedia.Pagi itu masa sarapan tokwan saya datang dan memaklumkan travel agent telefon bagitau bahawa visa umrah mama dah siap.Saya rasa sangat gembira dan tak semena-mena terpacul dari mulut "ayu nak ikut jugak!" erkk semua orang diam..tokwan kata betul ke nak ikut?"gi umrah ni nak gi buat ibadah bukan nak suka-suka!" Saya jawab : "ye lah..nak pi buat umrah lah bukan takkan nak gi ngorat tok arab!" jawab dalam hati saja bagi mengelakkan seberang pelempang yang tak diundang.


Students UQU -raya 2006 @ rumah shrek kami

Keesokan pagi sebelum saya ke sekolah,tokwan kata nanti tengahhari minta izin kat ustaz nak keluar pi buat visa dan pi cucuk sekali.Saya macam errr?apa ni?Tokwan kata "pi lah teman mama kat sana lagipun mama tak berapa sihat". Subhanallah saya lompat2 sampai berlaga syiling rumah dan sepanjang jalan ke sekolah senyuman sampai ke telinga tak lekang2!Alhamdulillah..bukankah DIA Maha Mendengar?

Dengan penuh kesyukuran saya dapat jejakkan kaki ke tanah haram pada bulan Ramadan ketika usia saya 16tahun,walaupun hanya untuk tempoh 2minggu namun hanya Allah,hanya DIA yang tahu perasaan saya.Semasa melakukan tawaf wida' pada pagi 27 Ramadan,saya menangis seperti kanak-kanak berebut aiskrim paddle pop.Saya benar-benar sayu sekali dan sebelum melangkah keluar dari harom saya menoleh ke Kaabah buat kali terakhir dan berbisik semoga Allah ketemukan kita lagi suatu hari nanti!Sejak itu air mata menjadi peneman setia saya,betapa saya rindu terlampau rindu untuk kesana kembali.Rindu ini bertambah hebat dari dulu kerana saya sendiri dapat rasakan kegembiraan yang tak terhingga solat dan tawaf disana.

Saya ingin kembali semula kesana tapi bagaimana?Kemudian terlintas difikiran saya,bagaimana saya ke Makkah dulu?Ya Allah,saya hampir terlupa..betapa alpanya saya sebagai hamba apabila dilimpahi nikmat lupa untuk mensyukurinya!Mulai saat itu saya pasang semula dan asah kembali senjata yang ada pada saya. "الدعاء سلاح المؤمن" - "Doa itu senjata orang mukmin". Saya mula bersungguh-sungguh kembali berdoa dengan penuh harapan dan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa saya.mungkin esok mungkin tahun depan mungkin apabila saya berusia 80 tahun nanti.Ya saya menangis kerana rindu namun tak sesekali saya berputus asa!Terus berdoa walaupun hati saya remuk melihat tetamu-tetamu Allah dikaca tv..terus berdoa dan berdoa.


Pintu kecil no 2 universiti saya.Macam penjara huh?tapi dalam dia kalah britney spears

Usaha&Doa dan Tawakkal.Aikk?kenapa saya berdoa sahaja?saya kena berusaha!Jika sebelum ni usaha saya ialah menebalkan muka depan tokwan saya memohon simpati untuk ke Makkah takkan kali ini ingin menggunakan taktik yang sama.Malu aihh..

Bagaimana caranya untuk saya ke Makkah?Otak kembali ligat berpusing.Apa yang perlu untuk ke Makkah?Saya senaraikan dikertas -1)Visa 2)tiket kapal terbang 3)travel agent dan lain-lain.Kesimpulanya semuanya bermaksud = DUIT! hrmphh saya nak cari mana sekurang-kurangnya RM5ribu untuk kesana? Saya masih belum bekerja,baru menjejak kaki ke tingkatan 5.Ya,saya perlu menabung!Duit poket harian saya ke sekolah ialah RM5.Saya berkira-kira makan berat RM 2,RM 2 nak beli jajan jadi baki RM 1 boleh menabung untuk ke Makkah.Untuk save duit,saya tak beli tabung baru.Saya gunakan tabung sedia ada saya iaitu tabung "pokemon" yang dilabel sebagai "tabung Makkah".Tapi bukan senang nak menabung bagi remaja macam saya.Nak beli krim jerawat lah,nak beli diary warna pink lah..ishh..ishh..macam-macam.Tapi setiap hari saya pastikan saya menabung walaupun kebanyakkan masanya hanya 20sen sehari!


Muhammad didepan pintu rumah - musim sejuk 08

Saya juga masuk peraduan "Lambaian Kaabah" anjuran Jakim yang disiarkan di tv1 pada waktu itu.Saya tak pasti samada program tu masih ada hari ini.Kuiz kena kumpulkan soalan terkumpul dan hantar apabila dah selesai pada episod ke-10 lebih kurang macam tu,saya dah lupa.Pemenang akan mendapat hadiah tajaan melakukan umrah bersama THTS dan nama pemenang akan diumumkan diakhir bulan.Semangat bukan main saya menonton rancangan tersebut siap record lagi untuk ulang soalannya.Setiap hari saya menunggu di peti surat jika nama saya dipilih sebagai juara.Namun surat itu tak muncul2 sampai hari ini!

Tapi rancangan Allah lebih besar dan hebat!Setelah usaha,doa dan tawakkal yang penuh air mata,Allah kurniakan rezeki yang tak disangka-sangka.Allah Maha Mendengar!Allah mendengar setiap doa hambaNYA!

Setahun kemudian,saya berkahwin dengan seorang jejaka kacak yang sedang menuntut di univ ummul qura-Makkah..ehem..ehem!Dan saya juga dapat melanjutkan pelajaran kesana dan menjadi student perempuan malaysia pertama dapat belajar kesana selepas 3tahun tiada pengambilan pelajar perempuan.Mashallah Tabarakallah.Hidup saya di Makkah sungguh indah!Pembelajaran kami,biasiswa dan tiket pergi balik setiap tahun semuanya ditanggung penuh oleh kerajaan Saudi.Kami menetap di Zahir disebuah rumah kontroversi-rumah kecil yang dekat sangat dengan univ perempuan,paling murah kadar sewanya dan tiada masalah jiran dan air(air merupakan masalah besar bagi kebanyakkan rumah di Makkah).Rumah ini menjadi rebutan ramai student namun rezeki sekali lagi berpihak kepada kami.Ohh betapa saya rindukan rumah shrek kami.Rumah ini digelar rumah shrek kerana rumah ini kecil dan semuanya bewarna hijau hasil ilham baba!Rumah ini menjadi saksi betapa ramai tetamu yang bertandang.Baba suka bawa balik orang kerumah.semua dia bawak balik,orang malaysia jangan dikira,orang afrika,bangla semua pernah menjadi tetamu rumah ini.Bagai kata ammu Hakim : "rumah ini berkat sebab selalu diziarahi tetamu". Benar kata ammu Hakim sampaikan Jawazat jugak pernah bertamu dirumah kami ini Kereta,mesin basuh,dapur semuanya merupakan hadiah dari orang.Kami tidak pernah membeli gula dan beras selama hidup disana kerana mendapat bantuan bulanan dari univ saya.Jika anda pembaca setia fp ini anda akan tahu bekalan yang diberikan pada satu keluarga seperti bantuan bekalan makanan untuk mangsa tsunami!Memegang iqomah(visa) student bagaikan satu rahmat!Kami dilayan bagaikan anak raja dimana-mana.Bagaimana kami telah mendaftar untuk bersalin Muhammad disebuah klinik kampung kecil didepan rumah namun apabila tiba hari bersalin itu,Allah kurniakan saya untuk bersalin di sebuah hospital private termahal di Makkah dengan normal delivery berharga 7ribu riyal ditanggung sepenuhnya oleh universiti.Banyak lagi kisah ajaib kami di Makkah yang saya sendiri masih sukar untuk mempercayainya..Mashallah Tabarakallah.Ya Allah kepadaMu segala puji!


Siap berihram,ready for umrah!yeay..

Apabila saya mengimbas sekali lagi kisah hidup saya yang dicatatkan ini,benarlah sebagaimana ayat Quran yang saya amalkan sebelum ini :
Quote:

و من يتق الله يجعل له مخرجا * و يرزقه من حيث لا يحتسب * ومن يتوكل على الله فهو حسبه * ان الله بـلغ أمره قد جعل الله لكل شئ قدرا

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia memberikannya jalan keluar,Dan memberikannya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu"



Roti free time Ramadan 08

Tiada tujuan lain saya menulis entry ini semata-mata adalah untuk saling ingat mengingati kepentingan berdoa.Semoga Allah memberikan kita kebaikan dunia dan di akhirat.

p/s- Kisah kawin saya jugak bersangkut paut dengan kisah2 diatas.oh..oh bukan sekarang nak bercerita,coming soon inshallah.

-ayu-


subhanallah..terpaku saya membaca cerita kak ayu ni. saya pun mempunyai cita2 yg sama untuk ke sana lagi. memang betul, kuasa doa itu tak dapat di pertikaikan. macam pengalaman saya sendiri yang pergi ke sana tanpa disangka2 kerana saya masih lg blj. nak dikatakan kerana duit dah cukup byk tidaklah juga. tetapi aturan Allah mengizinkan saya ke sana tanpa mengeluarkan sesen pun..
tak sabar nak tunggu entry akak yang seterusnya..
Sat 21-Nov-2009 00:57
Posted by:silent reader
salam ayu,

lama mama dok tunggu ayu update! ni nak tunggu 'love-story' lah pulak!!
Sat 21-Nov-2009 01:50
Posted by:mama zainab zainab180553@yahoo.com
Salam sayang utk Mama Muhammad..
waa..lama tak tengok gambar muhammad masakecik..
comellah.masya Allah
Sat 21-Nov-2009 13:08
Posted by:baba  - [Link]
ayu....shukran Sat 21-Nov-2009 13:22
Posted by:kakak hatafa@yahoo.com
A very well written post about the power of dua'...this is my favorite kind of writing.Keep it up!May Allah bless you always.
Looking forward for your next entries.
Sun 22-Nov-2009 06:57
Posted by:silent reader 2
salam ayu, terharu k.zira baca entry ayu kali ni. Sesungguhnya doa itu senjata org mukmin. Betapa Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya. Oleh itu jgn sesekali berasa hampa, putus asa dan bersangka buruk pada Allah jika apa yg dipohon "nampak" seperti belum dimakbulkan. Semuga FP ini menjd medan dakwah ayu mengikut acuan ayu sendiri. Sun 22-Nov-2009 07:58
Posted by:kak zira
Salam Ayu, mama juga rindu pada Ayu. Bila agaknya dapat kita bertemu semula? Elok juga Ayu catitkan pengalaman Ayu untuk dijadikan panduan dan bagaimana kuasa Allah itu menentukan segala-galanya ditambah dengan doa yang tidak putus-putus. Ingin mama tahu kisah bagaimana Ayu bertemu dengan baba Muhammad dan terbuka hati untuk berkahwin di usia yang begitu muda dan dapat pula dengan mudahnya berada dibumi Makkah. Mon 23-Nov-2009 01:23
Posted by:mama_farah khelly2000@gmail.com
Salam Ayu, mama juga rindu pada Ayu. Bila agaknya dapat kita bertemu semula? Elok juga Ayu catitkan pengalaman Ayu untuk dijadikan panduan dan bagaimana kuasa Allah itu menentukan segala-galanya ditambah dengan doa yang tidak putus-putus. Ingin mama tahu kisah bagaimana Ayu bertemu dengan baba Muhammad dan terbuka hati untuk berkahwin di usia yang begitu muda dan dapat pula dengan mudahnya berada dibumi Makkah. Mon 23-Nov-2009 01:24
Posted by:mama_farah khelly2000@gmail.com  - [Link]
salam ayu,la..muda lagi lah ayu nie ya..terharu sungguh baca entry kali nie and can't wait for your next love story entry.. i one of your silience reader..tq so much coz banyak share perkara2 yang berguna. Mon 23-Nov-2009 03:43
Posted by:kakak
Masya Allah...ayu bertuah sgt2..itulah angan2 saya tp dh jd kenyataan pd ayu...Subhanallah... Mon 23-Nov-2009 05:30
Posted by:Cik Moon kabuak@yahoo.com
ai..cik muhammad..lame x drop sini..
hermm..dh tgk sume daa gambar atas tuu..tp,sekeping je tertinggal..time gambar hamad ngan jacket tuu..hheheeh
mmg laa sgt2 comeiiii muhammad time umo1,2tahun sebabnyee time tuu muke hamad byk kak ayu..
tp,bila beso ckitt berubah wajah..muke sebijik baba diye..hehehe
emm..nape plak nii??
cerita lg sekali ke kak ayu??
x pe..sambungkan cerita anda...entry yg dulu punn takde sambungan kak ayu bot ur own story life..heheheh

gi lah makkah lagi skali..gambar2 kat masi x best..
kalu tgk gambar2 kat makkah sejoookkss je hati2 para pengunjung masuk homepages kak ayu niii..
siyesly,bila tgk je gambar2 lama kak ayu, hati terdetik ingin sgt2 jejakkan kaki di makkah..
esp,peoples who first tim visits ur hompages....
mmg laa teramat2 sgt teruja tgk kehidupan lama kak ayu satu family kat makkah dgn semua mcm2 gambar kt saudi arabia
pergilah lagi MAKKAH kak ayu..hehehe

*KEM SALAM kat Muhammad...i missed his cutie face.. (^_^)
Mon 23-Nov-2009 14:44
Posted by:alyaatggn
Masya Allah tabarokallah.
Semoga kita semua mendapat pengajaran dari hidup sesama kita ini. Hidup kita hanya selalu sahaja. Di sinilah tempat kita membeli saham untuk kita gunakan kembali di akhirat besok
Mon 23-Nov-2009 19:41
Posted by:almakki
sungguh mengharukan! menitis juga air mata ni! saya pon nak berazam dan kumpul duit juga ke sana! my target next year! klu tak cukup lagi duit nye 2thn lg la... hehe. tapi nak pi juga cpt2! Tue 24-Nov-2009 02:00
Posted by:ummuhaq
syahdu bc cerita ayu......nangis2 n digelakkan...hanya org yg mempunyai perasan sebegini ja yg pahamkan,....betapa rinduuuuuunya.....tapi apa kan daya kita hanya merancang Allah yg menentukan... Tue 24-Nov-2009 08:35
Posted by:Norah_nor
salam ayu, sungguh beruntung ayu dapat segala=galanya moga ayu sentiasa bersyukut di atas kurniaan tersebut. saya tumpang gembira membaca coretan dari ayu, tapi anak muda sekarang jarang yang berfikiran begitu...semoga bahagia...naik bulu roma saya ketika membaca kisah ayu....saya juga teringin hendak kesana lagi... Sat 28-Nov-2009 05:15
Posted by:marshita idris marshitaidris@yahoo.com.my
Assalamualaikum Ayu, Puji-pujian hanya pada ALLAH dan syukur atas semua perkara yang telah berlaku atas rancanganNya... Dia punya rencana tersendiri dalam menjadikan semua yang ada pada kita dan dunia kita dan kepada Dia jugalah kita akan pulang suatu hari nanti... Ayu...me feel very syahdu koz apa yg u alami masa alam persekolah dulu kini my son have a same feeling...terima kasih yang tidak terhingga pada neneknya....
..thank you Ayu berkongsi kisah indah ini...sungguh menyentuh hati, hati seorang ibu seperti saya...Mashallah Tabarakallah.Ya Allah kepadaMu segala puji!

Thu 17-Dec-2009 01:35
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.